Nama aku Intan Nur Kasih. Arwah ibu
yang bagi nama itu sebelum sempat aku mencecah umur satu tahun. Ibu
meninggal sebab ibu mempunyai komplikasi buah pinggang yang kritikal.
Aku duduk dengan ayah dan kakak ku selama ibu meninggalkan kami. Ayah
berkerja sebagai C.E.O dalam sebuah syarikat terkemuka. Walaupun
kedudukan kewangan keluarga kami stabil, cinta ayah pada ibu masih tidak
lekang lagi walaupun ibu telah meninggalkan kami 5 tahun yang lalu.
Sebab itulah ayah tidak ingin mencari wanita lain. Aku kagum melihat
ketabahan ayah menyara aku dan kakak serta mendidik kami dengan didikan
agama yang mantap sekali...
Setelah mendapat keputusan UPSR
dan UPSRA, alhamdulillah dengan izinNya aku mendapat keputusan yang
melayakkan diriku tergolng dalam pelajar bijak pandai. Ketiga-tiga
tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah
Agama yakni sekolah Maahad. Ayahku menghantarku ke Sekolah Maahad
kerana ayahku ingin melihat aku berada dalam keadaan orang yang
mempunyai agama. Aku rela dengan keputusan ayah. Ibu mesti suka kalau
dia tahu keputusan cemerlangku dalam UPSR dan UPSRA. Ayah juga ingin
melihatku menjadi insan yang berjaya di dunia serta akhirat. Kakak pula
merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa. Akak kini mengamil
kursus Bachelor in Islamic Revealed Knowledge. Aku ingin menjadi seperti
akak dan aku tak mahu menghampakan harapan akak dan ayah terhadap ku.
Ibu adik akan tunjukkan kebolehan adik pada ibu. Adik sayang dan rindu
sangat dekat ibu. Aku berkata bersendirian sambil tanganku meraba-raba
pusara ibuku untuk mencabut rumput2 yang liar yang tidak berputus asa
sentiasa tumbuh. Air mataku mengalir sambil tanganku memengang batu
nisan di pusara ibu. Cintaku pada ibu masih bernyala di sanubariku walau
aku tidak pernah menatap wajahmu wahai ibu. Aku juga rela dengan
ketentuan Ilahi keran Dia lebih menyanyagimu.
Kini aku sudahpun berada di
Universiti of Jordan. Aku mengambil bahagian syariah di sana. Pelbagai
liku-liku hidupku di sini. Setiap pagi rutin harianku selepas solat
subuh. Akan ku sedekahi ibuku dengan surah Yassin. Setiap kali aku
membacanya air mataku pasti berlinangan. Aku bersyukur kerana dengan
izinNya aku masih lagi berbakti untuk ibuku dengan sedekahku yang tidak
seberapa ini. Ayah makin tua dan kini ayah di duduk dengan kakak. Kakak
pula kini menjadi pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka di
tanah air bagi mencurahkan ilmu yang diberikan Ilahi pada orang lain.
Mulianya kakakku ini.
Wasiat ibu masih ku pegang di
tanganku. Dan aku sudahpun menghafal isi kandungannya kerana aku kerap
kali membacanya apabila merinduinya.
Ibu sayang ayah,Ibu sayang kakak
dan ibu sayang Kasih. Ibu minta maaf sebab ibu tak dapat menjaga Kasih.
Ibu sayang kasih dan ibu juga teringin nak melihat anak ibu membesar
dengan kasih sayang seorang ibu. Ibu harap kakak dan kasih jaga ayah
elok-elok.. jangan melawan kata ayah, jangan tinggal solat, puasa pun
sama. yang penting jaga hubungan Allah dan sesama manusia. Ibu teringin
nak melihat anak-anak ibu menjadi orang yang menegakkan agama Allah.
Peliharalah maruah mu, peliharalah auratmu, peliharalah tingkah lakumu,
peliharalah tutur katamu wahai anak-anak ku....Ibu berdoa agar anak2 ibu
dipanjangkan umur dan bertemu dengan lelaki yang soleh untuk mendidik
kamu berdua menjadi isteri yang solehah..........
Doa ibu telah termakbul untuk
kakak.. Kakak di panjangkan jodoh dengan seorang ustaz yang mengajar di
sekolah memenagah agama dan merupakan pengetua sekolah tersebut.
Orangnya yang warak serta lembut budi perkertinya. Kakak tertarik
kepadanya kerana wajahnya yang mempunyai nur yang luar biasa dan ustaz
tersebut yang merupakan abang ipar aku merupakan anak yatim piatu sejak
kecil lagi.
Aku masih mencari-cari jodohku..
Tiap-tiap malam selepas solat isyak.. aku melakukan solat sunat hajat
agar permintaan ibuku terlaksana.. akan tetapi.. bayangan lelaki
tersebut masih lagi belum ditemui... Tiada dalam diriku erti berputus
asa... setelah tamat pengajian.. Aku bergegas pulang ke Malaysia kerana
aku mendapat berita bahawa ayah dalam keadaan koma selepas pembedahan
jantung dijalankan. Dalam perjalanan ku ke Hospital. Aku mendapat
panggilan dari kakakku...
Assalamualaikum Kasih...cepat
ayah tengah nazak nieh....dia asyik sebut nama kasih je...cepat
datang!!pangilan terus dimatikan dan air mataku kian membasahi
pipi....Aku memberitahu pemandu teksi tersebut agar pandu dengan laju
agar sempat aku temui ayahku. Dalam hatiku tidak berputus-putus memohon
doa agar aku sempat bertemu dengan ayah yang mungkin untuk kali
terakhir. Aku beristir kerana berfikiran sebegitu..dan terus aku berdoa
dan berdoa...
Setelah sampai di hospital..aku
terus melangkah keluar dari teksi menuju ke destinasiku.. Aku telah
letakkan duit RM50.00 di belakang tempat duduk. Aku tahu bahawa tambang
hanya RM42 ringgit..dan yang selebihnya niatku sedekah untuk pakcik
tersebut. Setelah aku sampai di bilik ayahku.. Alhamdulillah Allah SWT
masih memanjangkan umurnya untuk aku bersua dengannya.. Ayah membisikan
aku sesuatu..."ayah....ti.....galkan...su.......rat...untuk
ka...sih......di la...ci......bi...lik a....yah...aku tidak putus-putus
membisikan mengucap di telinga ayah sambil mendengar kata-katanya.. Dan
itulah kali terakhir aku mendengar suara insan yang bergelar ayah yang
selama ini telah banyak berjasa kepada kakak dan juga kepada aku. Aku
bersyukur kerana diberi ayah yang mengajarku dan menyuruhku mementingkan
didikan yang berunsurkan agama Allah.. Air mataku tidak dapat di
tanggung.. Kakakku memeluk ku sambil aku memeluk tubuh kaku ayahku yang
tidak bernyawa lagi dengan tagisan kepiluan..Tidak terkira aku mengucup
pipi dan dahi ayahku buat kali terakhir.
Setelah selesai pengubumian
ayahku.. Aku teringat tentang surat yang ditinggalkan ayah dibilik ayah
di rumah kakak. Aku terus bergegas ke rumah melihat surat yang
ditinggalkan arwah ayah..
Kasih... ayah tahu kamu sebuk
menimba ilmu untuk berbakti di jalan Allah..Ayah rindu kat kamu
kasih..surat-surat yang dikirimkan masih lagi ayah simpan dalam almari
baju ayah... itu sahaja cara ayah melepaskan rindu ayah dengan menulis
surat kembali kepadamu....ayah ada satu benda yang ingin sampaikan....
ingat tak wasiat yang ibu....... bertemu dengan lelaki yang soleh untuk
mendidik kamu berdua menjadi isteri yang solehah...... ayah dah temui
insan ini untuk kamu... ayah rasa sesuai sangat dengan kamu.... dia
merupakan ustaz di sekolah rendah sahaja... dia bukan dalam golongan
kaya.... dan dia juga merupakan imam di masjid di kampungnya... orangnya
baik.. dan ilmu agamanya juga tinggi.. dia menunggu kamu wahai
Kasih.... dia pernah berjumpa dengan ayah dan menceritakan hajatnya
untuk menikahi kamu.... dia kenal kamu dari ibunya yang mengajar kamu di
Maahad dahulu... guru kegemaran kamu wahai Kasih yakni Puan Aisyah
Humairah yang mengajar kamu bahasa Arab tinggi dahulu... ketika dia
berjumpa dengan ayah untuk menyampaikan hajatnya itu... kamu masih lagi
di Jordan... dan itu juga merupakan hajat ibunya untuk mengahwinkan kamu
dengan anaknya.. Kini Puan Aisyah Humairah telah dijemput Ilahi akibat
kemalangan... jadi ayah harap kamu akan tunaikan impian... bonda kamu,
ayah serta bonda Syahir.....
Aku memang rapat dengan Puan
Aisyah Humairah kerana dia ibarat seperti ibuku walaupun aku tidak
pernah merasa mempunyai ibu... Air mataku melimpahi pipiku kembali
kerana aku berasa berterima kasih kerana dia sudi menjadi ibuku angkatku
sepanjang aku di Maahad dahulu.....Alamat lelaki tersebut telah pun
ayah tulis dalam surat tersebut..Keesokkan harinya..aku bergegas dengan
ditemani kakak dan abang ipar aku untuk bertemu dengan lelaki yang
bernama Syahir tersebut.... Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak
mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah...
Destinasi yang dituju telahpun
sampai...."Assalamualaikum.....ada orang tak?", suara yang lantang
dihulurkan oleh Jamil yakni suami kakak ku kepada tuan rumah alamat...
"Walaikumusalam...."...Muncullah
seorang jejaka yang memakai kopiah serta berjubah hitam....kulitnya
kuning langsat..wajahnya mempunyai nur yang tersendiri..Mataku
bertembung dengan matanya....Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dan
banyak-banyak beristifar...."inikah orangnya",monolog hatiku.. Pakaian
yang aku pakai juga jubah berwarna hitam...dan kini hatiku semakin
berdebar-debar..... Kian berdebar hatiku..makin banyaklah istifarku
kepada Ilahi.... "ini Syahir ke?" soal Jamil dengan ramah
sekali...Syahir yang menghampiri suami kakak menyambut salam sambil
berpelukan..."ya saya Jamil..." dengan senyuman yang manis dilemparkan
kepada suami kakak...
"Betullah inilah orangnya..."
Jamil berkata kepada isterinya.. dan kakak hanya mengangguk
sahaja..."Macam ni..kami datang nak menikahkan kamu dengan adik ipar
saya ni...Intan Nur Kasih namanya...".. Syahir hanya melemparkan
senyuman tanda setuju...
Akhirnya..impan 3 orang yakni
bonda...ayahnda..dan bonda syahir terlaksana dengan izinNya...kini aku
merupakan pensyarah seperti kakak ku...aku mempunyai 2 orang anak hasil
perkahwinan dengan suami tercinta yakni Syahir... Hidupku kian berseri
lagi dengan tercurahnya cinta kepada Ilahi....aku masih mengamalkan
rutin harian..menyedekahkan yassin tiap-tiap hari kepada kedua ibu
bapaku dan ibu dan ayah mentuaku....
karya,
syazeone
Tidak ada komentar:
Posting Komentar