TANDUK sering dikaitkan dengan haiwan
yang meragut rumput seperti kambing dan rusa. Namun begitu, hanya haiwan
jantan yang memiliki tanduk.
Bagaimanapun, seorang wanita China telah ditumbuhi sebatang tanduk menyerupai tanduk kambing di tepi kiri kepalanya.
Tanduk wanita berusia 101 tahun
dari Kampung Linlou, Wilayah Henan itu, Zhang Ruifang, bermula sebagai
benjolan kecil di dahinya dua tahun lalu. Tanduk itu sudah tumbuh
sehingga enam sentimeter panjang.
"Tanduk ini bermula daripada
sebuah bentuk yang tebal, kulit kasar di tepi kiri dahinya. Kami tidak
perasan mengenainya pada awalnya, tapi kemudian ia terus tumbuh.
"Sekarang ada sesuatu yang
tumbuh di sisi kanan dahinya. Ia mungkin satu lagi tanduk yang lain,"
kata anak bongsunya, Zhang Guozheng, 60.
Tanduk itu menyebabkan sakit
pada kepalanya. Wanita bertanduk itu memiliki tujuh orang anak, enam
lelaki dan perempuan dengan anak paling tua berusia 82 tahun.
Tinggal di daerah pedalaman dan
hidup terlalu miskin untuk membayar kos rawatan hospital, anak-anaknya
bimbang tentang keadaan ibu mereka tetapi terhibur oleh kenyataan bahawa
dia tidak mengalami kesakitan.
2. XIOU LING dengan tanduk di depan dahi.
Keadaan ini dikenali sebagai tanduk
kulit yang jarang berlaku. Terdiri daripada keratin, tanduk ini biasanya
berkembang pada orang dewasa yang lanjut usia, terutama mereka yang
mempunyai sejarah berjemur di bawah sinar matahari.
Pada tahun 2003, seorang wanita
dari Zhanjiang, selatan China, didapati tumbuh tanduk sepanjang 12
sentimeter (sm) di dahinya. Para doktor bingung dengan keadaannya itu
dan sekadar mengandaikan Xiou Ling menghidap masalah ketidakseimbangan
hormon.
Sesetengah pakar berpendapat pencemaran radiasi turut menyebabkan manusia ditumbuhi benjolan seperti tanduk.
Seorang lagi rakyat China, Huang
Yuanfan, tumbuh tanduk kecil berukuran 7 sentimeter di belakang
kepalanya. Tanduk tersebut tumbuh dua tahun lepas dan ia semakin
membesar.
3. George
(A)MENURUT ibunya, rupa George seperti syaitan selepas dibedah. (B)WAJAH George sekarang.
"Saya sudah cuba beberapa kali
untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan
berlaku, malahan semakin membesar," katanya.
Menurut lelaki itu lagi, tanduk tersebut belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti tumbuh.
"Saya
sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini
belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut
tetapi ia tetap tumbuh semula," kenang beliau.
Walaupun manusia bertanduk
dianggap aneh, masih ada pengikut fahaman tertentu khususnya yang
berkaitan penyembahan syaitan membuat implan tanduk. Ini termasuk
seorang lelaki dari Tulsa, Amerika Syarikat, Jesse Thornhill, 28, yang
mengaku diri pengikut syaitan.
4. JESSE
JESSE sengaja melakukan implan benjolan berbentuk tanduk di dahinya.
Manakala cerita manusia
bertanduk sentiasa mendapat tempat di dada akhbar berpengaruh dunia
termasuk di Amerika Syarikat dan Britain.
Minggu ini, akhbar-akhbar
melaporkan bagaimana seorang budak lelaki berusia lima tahun, George
Ashman, mendapat benjolan berbentuk tanduk di kiri dan kanan dahinya
selepas melakukan pembedahan membuang tanda lahir di Hospital Great
Ormond, London.
Ibunya, Karen, membuang tanda lahir itu kerana khuatir anaknya akan menjadi bahan ejekan rakan-rakannya.
Ketika George berusia empat
tahun, dia menjalani pembedahan untuk meregangkan kulit dahinya sehingga
tanda lahir tersebut dapat dihilangkan dan ditutupi dengan jaringan
kulit baharu.
Doktor turut menyisipkan dua
jaringan peregang di bawah kulitnya, yang akan membesar secara bertahap
sehingga terlihat seperti dua tanduk besar.
Selama empat bulan, gumpalan tersebut mengembang dan meregangkan kulit dahinya. Karen sangat terkejut.
"Tanduk itu lebih besar daripada
yang saya sangkakan. Ia nampak seperti syaitan," ujarnya. Mujurlah alat
itu dikeluarkan empat bulan kemudian iaitu April lalu.
http://beritabulan.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar