Sabtu, 06 April 2013


Riwayat Imam Muslim
LATARBELAKANG
NamaMuslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward
Nama PanggilanAbu Al-Husin
Keturunan1. Al- Qusyairi : Nisbah kepada kabilah tempat kehidupan beliau. Mengikut sesetengah riwayat beliau adalah berbangsa Arab dan ada yang berpendapat bahawa beliau dinasabkan kepada Qusyairi iaitu nisbah kepada bangsa ajam (bukan Arab).
2. An-naisaburi : Nisbah kepada negeri tempat tinggal beliau di Naisabur iaitu sebuah bandar besar yang terletak di Khurasan.
KelahiranPara ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.
KematianImam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iaitu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an.
Guru-Guru1. Abdullah bi Muslamah Al-Qa'nabi.
2. Ahmad bin Hambal.
3. Ishak bin Rahawiyah.
4. Yahya bin Mu'in.
5. Ishak bin Mansor.
6. Abu Bakar bin Abu Syaibah.
7. Abdullah bin Abdul Rahman Ad-darimi.
8. Abu Kuraib Muhammad bin Al-A'la.
9. Muhammad bin Abdullah bin Numair.
10. Abdul bin Humaid.

Inactive hide details for ILMUILMU

ILMU
Bil
    Ilmu
Keterangan
1
HadisMaksudnya pengetahuan tentang susunan hadis mengikut sanad dan matanya, dan juga menjaga Nas Hadis. Pengetahuan tentang perselisihan dan penambahan, perbezaan Sahih dengan Dhaif Marfuk, Mauquf dan Maqtuk. Imam Muslim pakar dalam bidang ini, sudah memadai (sahihnya) dikira sebagai kitab sahih yang kedua asas sunnah, ramai yang tertumpu kepada beliau selepas Imam Bukhari. Beliau terus mengumpul hadis selama 15 tahun . Juga membetulkan dan memilih sehingga selesai menyebabkan kedudukan karangan beliau diangkat oleh Allah sebagaimana Al-Hafiz Ibnu Salah berkata, " Allah telah mengangkat kitab karangan As-Sahih kepada kedudukan yang tinggi dan beliau sebagai imam yang dijadikan hujah, disebut-sebut dan dihormati dalam ilmu hadis serta ilmu-ilmu lain".
2
Biodata PerawiIlmu ini adalah asas yang dipegang oleh pakar hadis untuk membezakan sanad-sanad dan mengenalinya. Imam Muslim amat pakar dalam bidang ini, beliau mengetahui nama-nama, gelaran keturunan dan sejarah serta kematian dengan keilmuan pengetahuan yang tinggi serta terperinci.
3
Jarah dan Ta'dilIlmu ini adalah kritikan terhadap perawi hadis dan membezakan antara yang dapat dipercayai (Siqah) dengan yang Dhaif. Sesiapa yang ingin memisahkan antara hadis Sahih dan Dhaif tidak akan mampu kecuali setelah mendalami ilmu ini secara terperinci. Imam Muslim adalah orang yang paling mahir dalam bidang ini, membahasakan ilmu meriwayat hadis, ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau juga menyatakan mengenainya dalam pendahuluan kitab sahih.
4
Kaji Selidik HadisImam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu ini serta mengerti bahasa yang sulit. beliau berpegang kepada kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunah-sunah dan Athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka dikalangan pakar ilmu tersebut. Beliau banyak berbincang dan mengkaji dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini.


Inactive hide details for KARANGANKARANGAN

KARANGAN

Imam Muslim menulis dan mengarang berkenaan dengan ilmu Hadis dari apa yang Allah s.w.t kekalkan kepadanya dengan ingatan yang baik sepanjang masa. Sebahagian daripada karangan beliau telah sampai kepada kita dan sebahagian lagi tidak sampai kerana susunannya telah hilang.


Karangan Yang Telah Sampai Kepada Kita.

1. Sahih Muslim.
Merupakan kitabnya yang terbesar dan dimanfaatkan kepada semua, bahkan kitab itu juga merupakan karangannya yang terbesar di dalam islam selepas Sahih Bukhari. Kemudian hadis-hadis darinya diasingkan pada juzuk yang selanjutnya pada takrif-takrif.

2. Al-Kunni Wal Asmak. 
Telah dicetak.

3. Al- Munfaridat Wal Wihdan.
Telah dicetak.

4. At-Tabaqat. 
Masih dalam keadaan kitab tulisan tangan yang belum dicetak.

5. Rijal Urwah bin Az-Zubair. 
Masih dalam keadaan kitab tulisan tangan yang belum dicetak.

6. At-Tamyiz. 
Dicetak hanya sebahagian daripadanya sahaja.



Karangan Yang Tidak Sampai Kepada Kita dan Telah Hilang Penyusunannya.

1. Al-Musnad Al-Kabir, Ala Ar-Rijal. Tiada seorang pun yang mendengarnya daripada Imam Muslim.
2. Jamik Al-Kabir, Alal Abwab : Al-Hakam berkata, "Aku melihat setengahnya masih belum ditulis".
3. Al-llal.
4. Al-Ifrad. Harus beliau sendiri yang membuat kitabnya sebagai Al-Munfaridat Wal Wihdan.
5. Al-Iqran.
6. Suaalaatuhu Ahmad bin Hambal.
7. Hadis Amru bin Syuaib.
8. Al-Intifa' Bi Ahabbi As-Siba'.
9. Masyayikh Malik
10. Masyayikh At-Thauri.
11. Masyayikh Syukbah.
12. Man Laisa Lahu Illa Rawin Wahidin.
13. Kitab Al-Mukhdaramin.
14. Aulaad As-Sahabat.
15. Zikru Auham Al-Muhaddisin.
16. Afrad As-Syamiyyin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar