Sabtu, 06 April 2013

Jalan Mencari Kebenaran


Assalamualaikum buat kepada Pecinta Kebenaran!


Sesiapa sahaja boleh mnegaku dia di dalam kebenaran, namun untuk mendapatkan kebenaran hakiki perlulah ada panduan dan pimpinan daripada ALLAH. Lebih lebih lagi
di akhir zaman ini lagilah sulit, dengan terdapat pelbagai fahaman dan isme yang masing-masing menyatakan dia benar dan patut diikuti.

Tidak semua orang yang mencari kebenaran memperoleh kebenaran. Sedikit sahaja orang yang bertemu dengan kebenaran. Lantaran itulah ALLAh mengingatkan kita "Sedikit sekali hamba-hamba Aku yang bersyukur." - (as-Saba':13)

Junjungan Mulia ada bersabda yang mafhumnya lebih kurang: "Di akhir zaman, umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan masuk nerka kecuali satu yang mengikut sunnah aku dan mengikut sunnah Khulafa'ar-rasyidin(sahabat-sahabat)[ahli Sunnah wal Jamaah]."

Kaedah Mencari Kebenaran

Dalam manusia mencari kebenaran, berbagai-bagai jalan dtempuh orang. Antaranya ialah;

1. Mengikut orang ramai
2. Mengikut Orang besar
3. Mengikut Ulama-ulama'
4. Mengikut Penguasa negara


Mengikut Orang ramai

A. Tidak semestnya kebenaran itu terletak kepada orang ramai . Ertinya dengan mengikut orang ramai tidak akan menjamin dapat menemui kebenaran. Dalam al-Qur'an
ada dinyatakan orang yang berada dalam kebenaran itu adalah amat sedikit.

B. Mengikut sejarah juga terbukti pengikut-pengikut kebenaran itu biasanya tida ramai sebagaimana kisah da'wah Nabi NUh selama 950 tahun yang mana pengikut-pengikutnya hanya lebih kurang 83 orang berbanding penentang-penentangnya.


Mengikut Orang Besar

A. Ditolak oleh ALLAH berdasarkan firman-Nya dalam Kalam Agung, al-Quran yang mafhumnya "Pemuda-pemuda dari kaum Hud berkata, 'Sesunggunya kami benar-benar
memandang kamu berada kurang akal dan sesunggunya kami menganggap kamu termasuk orang-orang berdusta.'"

B. Ditolak oleh kenyataan sejarah. Sebagai contoh kisah yang mana Imam-imam Mujtahid seperti Imam Syafi'i, Hanbali, Hanafi dn lain-lain ditentang oleh para pembesar terutam golongan ulama yang berjawatan di Istana.

Mengikut Ulama'-ulama'

Di akhir zaman ini dinyatakan bahawa para ulamanya banyak yang fasiq. Mafhum sabdaan Baginda, "Akan belaku diakhir zaman yang ahli ibdahnya jahil dan ulama'nya fasiq(menjual kebenaran untuk kepentingan dunia)

Mengikut Penguasa Negara

Kebanyakan pemerintah atau penguasa negara adalah orang yang fasiq dan zalim.


Kesemua cara di atas, jika diikuti, kita tidak akan menemui kebenaran. Untuk mencari kebenaran, Imam Ghazali Rahmatu aliah memberi panduan dengan berkata "Ikutilah ahli-ahli yang mengikut Rasulullah, sahabat-sahabat dan para tabi'in(dalam 300 tahun)" Maknanya, kita hendaklah mengikut kebenaran yang dibawa oleh mereka yang lahir disekitar 300 tahun bermula dengan hidupnyanya Junjungan Mulia sehinggalah
zaman para tabi'in(Org yang melihat sahabat) dan tabi' tabi'in. inilah dikatakan golongan ini dikatakan Salafussoleh.

Hari ini kita wajib berhati-hati, selalu doa' kepada ALLAH azza wa jal supaya letakkan diri kita sentiasa dalam Taufiq dan Hidayah-Nya, dan terhindar dari apa
jua kesesatan, sentiasa beristigfar, tanamkan dalam jiwa sifat Khouf wa raja' (takut dan harap) agar Kasih ALLAH sentiasa pada kita, hamba-Nya yang selalu berbuat dosa ini.

Oh, ALLAH! Letakkan aku ini sentiasa dalam Pimpinan Mu.

Hamba Allah yang sering berbuat dosa,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar